Rakaman & E-certificate Webinar LIVE Designing A 5 Star Survey Instrument (7 Februari 2026)

Rakaman & E-certificate Webinar LIVE Designing A 5 Star Survey Instrument (7 Februari 2026)



  • Pening nak bina soalan?
    Tak tahu nak menterjemah teori kepada soalan yang responden faham.

  • Risau Data Bias?
    Takut responden jawab asal boleh sebab soalan terlalu panjang atau mengelirukan.

  • Takut Nilai Reliability Rendah?
    Bila masuk SPSS, nilai Alpha rendah sampai data tak boleh guna. Kena kutip semula? Minta simpang!

  • Takut Kena 'Gauk' Masa Viva?
    Pemeriksa persoalkan kenapa instrumen tidak mengikut standard akademik yang betul.


  • Pemeriksa (Examiner) akan nampak dalam masa 5 minit sahaja jika instrumen anda dibuat secara 'tangkap muat'. Jangan ambil risiko itu.

    Belajar bina instrumen soal selidik yang jelas, mesra responden, dan siap untuk reliability & validity, sebelum anda terperangkap dengan data yang “tak jalan".

    Sertai Dr. Gusman Sabtu ini dan kita 'bedah' cara buat instrumen 5-Bintang yang sebenar sebelum anda mula edar borang soal selidik kepada responden.


    Dalam sesi ini, Dr. Gusman akan membimbing anda menukar konsep teori yang abstrak menjadi item-item soalan yang konkrit, jelas, dan berkualiti tinggi,  supaya instrumen anda valid & reliable sebelum kajian sebenar bermula.


    1. "The Academic Giant" (Pakar yang Diiktiraf Scopus)

    • H-Index Tinggi: Beliau mempunyai H-Index 19 di Scopus dengan lebih 2,100+ sitasi . Ini membuktikan hasil kajian beliau dirujuk oleh ribuan penyelidik lain di seluruh dunia.

    • Penulis Jurnal Berimpak: Artikel beliau diterbitkan dalam jurnal-jurnal elit seperti Journal of Cleaner Production dan Journal of Manufacturing Technology Management .

    2. Kepakaran Teknikal yang Padu (Metodologi & Analisis)

    • Master of SEM: Beliau pakar dalam Structural Equation Modeling (SEM) menggunakan SmartPLS dan AMOS .

    • Data Visualization Pro: Selain metodologi, beliau juga pakar dalam pengurusan data menggunakan Excel dan reka bentuk slaid pembentangan yang profesional.

    3. Pengalaman "Pemain Industri" & Perunding

    • Pengalaman Konsultansi: Beliau mempunyai pengalaman luas dalam projek perundingan dengan pelbagai organisasi di Malaysia dan Indonesia.

    • Latar Belakang Industri: Sebelum ke dunia akademik, beliau mempunyai pengalaman industri dalam sektor pembuatan, makanan dan minuman (F&B), serta barangan pengguna (FMCG).

    4. Penceramah Jemputan Antarabangsa

    • Adjunct Professor: Pernah dilantik sebagai Profesor Adjunct di Universitas Negeri Yogyakarta.

    • Trainer Berdaftar: Merupakan jurulatih bertauliah (TTT) oleh HRDF dan juga penasihat mendeley ( Mendeley Advisor ).


    "Kenapa Anda Wajib Belajar Dengan Dr. Gusman Nawanir?"

    Beliau bukan sekadar mengajar teori, beliau adalah pengguna tegar metodologi yang telah menerbitkan lebih 60 dokumen Scopus dan dirujuk oleh lebih 2,100 penyelidik global.

    Sebagai bekas Ketua Kluster Penyelidikan di Universiti Malaysia Pahang, beliau tahu 'lubang-lubang' yang selalu menyebabkan tesis pelajar ditolak. Dr. Gusman akan kongsikan shortcut dan teknik yang beliau gunakan sendiri untuk menghasilkan kajian bertaraf dunia.



    Analisis Data Secanggih Mana Pun Tidak Akan Berguna Jika Soalan Kajian Anda "Syok Sendiri"


    Dalam dunia penyelidikan kuantitatif, terdapat satu prinsip emas yang tidak boleh dilanggar: "Garbage In, Garbage Out".


    Ramai penyelidik, terutamanya di peringkat pascasiswazah, memandang remeh fasa pembinaan instrumen atau borang soal selidik. Anggapan biasa adalah: asalkan ada soalan dan responden boleh jawab, itu sudah memadai.


    Namun, realitinya sangat kejam. Apabila anda mula memasukkan data ke dalam SPSS atau PLS-SEM, barulah masalah sebenar muncul. Nilai kebolehpercayaan (Reliability) rendah, responden menjawab secara sambal lewa kerana soalan mengelirukan, atau lebih parah, instrumen anda tidak mengukur apa yang sepatutnya diukur (Validity issue). Akibatnya, data anda tidak boleh digunakan dan anda terpaksa mengulang semula proses pengumpulan data yang memenatkan.


    Hentikan risiko pembaziran masa dan tenaga ini. Ketahui cara membina instrumen bertaraf dunia yang bukan sahaja sah dan boleh dipercayai, tetapi juga mesra responden.


    Sertai webinar Designing a 5 Star Survey Instrument yang akan dikendalikan oleh Dr. Gusman. Beliau akan membimbing anda menukar konsep teori yang abstrak menjadi item-item soalan yang konkrit dan berkualiti tinggi.


    Dalam sesi ini, anda akan mempelajari seni dan sains di sebalik pembinaan soal selidik yang efektif, termasuk:


    Conceptualization to Operationalization: Teknik menterjemah variabel kajian dan definisi operasi menjadi soalan yang tepat dan tidak berat sebelah.


    The Art of Questioning: Cara mengelakkan kesilapan umum seperti "double-barreled questions", soalan "leading", dan penggunaan bahasa jargon yang memeningkan responden.


    Scale Selection: Panduan memilih skala pengukuran yang paling sesuai (Likert, Guttman, Semantic Differential) untuk memastikan data yang diperolehi sesuai dengan teknik analisis statistik anda nanti.


    Layout & Flow: Strategi menyusun atur soalan supaya nampak profesional, kemas, dan meningkatkan kadar respons (response rate) daripada peserta kajian.


    Validity Check: Langkah-langkah awal untuk memastikan instrumen anda mempunyai "Face Validity" dan "Content Validity" yang kukuh sebelum kajian rintis (pilot study) dijalankan.


    Siapa Yang Paling Sesuai Join

    Webinar ini direka khusus untuk:

    • Pelajar Sarjana & PhD (terutama yang guna survey sebagai instrumen utama)

    • Penyelidik akademik & pensyarah yang jalankan kajian kuantitatif

    • Sesiapa yang guna kaedah tinjauan (survey) dan mahu instrumen yang valid & reliable


    Jika anda mahu elak instrumen “lemau” yang jadi punca tesis dipertikaikan, ini sesi yang anda perlukan.




    1) Saya belum siap tajuk / konstruk kajian. Boleh join?

    Boleh. Webinar ini membantu anda faham cara menterjemah konsep teori kepada item soalan. Anda boleh apply sama ada konstruk anda dah jelas atau masih dalam fasa awal.

    2) Webinar ini sesuai untuk SPSS atau PLS-SEM?

    Sesuai untuk kedua-duanya. Fokus utama ialah membina instrumen yang betul supaya data yang dikumpul lebih “fit” untuk analisis seterusnya (SPSS / PLS-SEM).

    3) Saya dah ada borang soal selidik. Masih berbaloi?

    Ya. Anda boleh guna ilmu sesi ini untuk semak semula item sedia ada, elak soalan mengelirukan, bias, dan perbaiki flow/scale supaya reliability & validity lebih kuat.

    4) Adakah webinar ini ajar cara buat analisis (SPSS/SEM)?

    Webinar ini fokus pada pembinaan instrumen (soalan, skala, susun atur, validity awal). Analisis statistik biasanya dibuat dalam sesi/kelas yang berasingan.

    5) Ada sesi Q&A untuk tanya soalan kajian saya?

    Ya, akan ada sesi Q&A. Anda boleh tanya tentang pemilihan skala, struktur item, dan isu biasa dalam pembinaan instrumen.

    6) Saya risau soalan saya ‘syok sendiri’. Macam mana nak tahu instrumen saya ok?

    Dalam webinar ini anda akan belajar langkah awal untuk buat Face Validity & Content Validity sebelum pilot, supaya anda boleh detect masalah lebih awal, bukan bila data dah terkumpul.

    7) Webinar ini dalam Bahasa Melayu atau English?

    Bahasa Melayu (dengan istilah teknikal yang diperlukan).

    8) Macam mana nak daftar?

    Klik butang pembelian pada halaman ini dan lengkapkan maklumat pendaftaran.

    Jangan biarkan instrumen yang lemah menjadi punca tesis anda dipertikaikan oleh pemeriksa. Pastikan asas kajian anda kukuh dari awal.  Lebih awal anda betulkan instrumen, lebih besar peluang data anda “smooth” bila masuk SPSS/PLS-SEM.




    Bina instrumen 5 bintang, dapatkan data 5 bintang. Jumpa anda dalam webinar nanti.


    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    BUTIRAN PEMBELIAN

    Produk Kuantiti Harga (RM)
    Rakaman & E-certificate Webinar Designing A 5 Star Survey Instrument - 7 Februari 2026
    JUMLAH

    Kupon Diskaun

    Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PELANGGAN

    BUTIRAN PEMBAYARAN


    PENGESAHAN