Tajuk webinarParaphrasing for Thesis Writing
Anda Selalu Paraphrase Untuk Thesis. Tapi Pernah Belajar Cara Paraphrase Dengan Betul?
Dua jam untuk membina salah satu skill paling banyak digunakan dalam thesis writing, tetapi paling jarang dipelajari secara formal: mengambil idea daripada literature, memahaminya, dan menulisnya semula dengan ayat dan academic voice anda sendiri tanpa mengubah maksud asal.

Pautan Zoom dihantar ke emel selepas bayaran disahkan
Kalau ini bunyinya macam anda
Saya Faham Artikel Yang Saya Baca. Tapi Nak Tulis Semula Dalam Ayat Sendiri, Saya Tak Tahu Macam Mana.
Ini masalah yang sama berulang dalam kalangan pelajar Master dan PhD, dan ia bukan masalah kefahaman. Ia masalah skill.
- Anda tukar lima perkataan kepada synonym. Struktur ayat masih sama. Dan anda tertanya, cukup ke ni?
- Ayat anda masih terlalu hampir dengan artikel asal, sebab anda paraphrase sambil tengok setiap perkataan dalam ayat asal.
- Anda takut maksud berubah bila paraphrase, jadi anda copy terus dan letak citation, dan harap tak ada siapa perasan.
- Anda bergantung 100% kepada paraphrasing tools. Bila tool keluarkan ayat pelik, anda tak tahu nak betulkan macam mana.
- ChatGPT dah buat draft. Sekarang anda tak pasti apa yang patut dibuat supaya tulisan itu benar-benar suara akademik anda.
- Anda faham artikel dalam bahasa Melayu, tapi susah nak explain semula dalam academic English.
Sepanjang menulis tesis, anda sentiasa mengambil idea daripada literature: journal articles, buku, laporan, kajian terdahulu, teori. Anda tidak boleh copy ayat asal. Anda perlu membaca, memahami dan menggunakan idea itu untuk membina penulisan sendiri. Sebab itu paraphrasing ialah core academic writing skill, dan ia digunakan berulang kali dari proposal sampai journal article.
Paraphrasing bukan tukar perkataan
Read. Understand. Process. Rewrite. Check.
Paraphrasing yang baik bermula dengan comprehension. Kalau tidak memahami source, sukar menghasilkan paraphrase yang baik. Sesi ini mengajar proses itu, bukan satu formula untuk dihafal.
Baca dan fahami
Tentukan apa sebenarnya mesej utama source. Sebelum menulis semula sesuatu ayat, anda perlu faham idea yang hendak disampaikan.
Jauhkan source seketika
Kesilapan biasa ialah paraphrase sambil melihat setiap perkataan asal. Akibatnya ayat baru masih terlalu hampir. Proses yang lebih baik: tutup source, terangkan ikut pemahaman sendiri.
Tulis dengan struktur sendiri
Mengubah struktur ayat dan susunan maklumat, menggunakan vocabulary yang sesuai, menggabung atau memecah ayat, dengan grammatical structures yang berbeza.
Semak dan cite
Bandingkan dengan source asal bagi memastikan maksud tidak berubah. Dan ya, citation masih diperlukan. Paraphrase bukan idea anda sendiri.
Tool boleh membantu. Tetapi skill tetap perlu ada pada researcher. Bila anda tahu paraphrase sendiri, anda boleh mengawal maksud, tahu sama ada idea telah berubah, mengekalkan academic voice sendiri, dan tidak bergantung sepenuhnya kepada tool atau proofreader.
Tentang AI: AI boleh menghasilkan draft dengan cepat. Tetapi thesis perlu menunjukkan pemikiran dan pemahaman anda. Sesi ini mengajar supaya anda mengambil idea, memprosesnya, dan membina semula penulisan dalam suara sendiri. Matlamatnya bukan untuk menipu mana-mana detector. Matlamatnya ialah tulisan yang benar-benar mencerminkan pemahaman anda.
Apa yang akan dipelajari
Dari Source Ke Thesis, Dalam Enam Bahagian
Fokus utama ialah teknik paraphrasing secara manual, skill yang boleh anda guna sendiri.
- Memahami apa itu paraphrasingBeza quoting, paraphrasing, summarising, dan sekadar menukar beberapa perkataan. Ramai sebenarnya membuat word substitution, bukan paraphrasing.
- Apa yang perlu diparaphraseIdea daripada journal articles, buku, laporan, kajian terdahulu dan bahan akademik lain: fahami maksudnya, tulis semula dengan bahasa sendiri, beri citation.
- Teknik paraphrasing secara manualMengubah struktur ayat dan susunan information, vocabulary yang sesuai, menggabung atau memecah ayat, grammatical structures berbeza, mengekalkan maksud dan keaslian ayat akademik.
- Daripada membaca kepada menulis dengan ayat sendiriProses Baca, Fahami, Proses, Jauhkan source, Tulis, Semak. Supaya ayat akhir milik anda, bukan salinan yang diubah sedikit.
- Paraphrasing dan citationKenapa citation masih diperlukan selepas paraphrase, dan bagaimana ini menjaga academic integrity.
- Bagaimana dengan AI-generated textApa yang perlu dibuat selepas AI bantu hasilkan draft: baca, fahami, semak accuracy, pastikan source benar, sesuaikan dengan argument sendiri, tulis dalam academic voice sendiri.
Pautan Zoom dihantar ke emel selepas bayaran disahkan
Selepas sesi ini
Selepas Dua Jam, Anda Lebih Jelas Tentang Ini
- Apa sebenarnya paraphrasing, dan apa yang bukan
- Bagaimana memahami idea sebelum rewrite
- Bagaimana mengubah structure tanpa mengubah meaning
- Bagaimana menggunakan citation selepas paraphrase
- Bagaimana mengelakkan terlalu bergantung kepada tools
- Bagaimana membina tulisan yang lebih dekat dengan academic voice sendiri
- Rakaman penuh dan e-sijil penyertaan
Untuk siapa
- Pelajar Master dan PhD, thesis writers dan researchers
- Mereka yang sedang menulis literature review
- Mereka yang ayatnya selalu terlalu dekat dengan ayat asal apabila paraphrase
- Mereka yang terlalu bergantung kepada paraphrasing tools
- Mereka yang menggunakan AI untuk membantu penulisan dan mahu tulisan itu jadi milik mereka
- Pelajar undergraduate yang banyak melakukan academic writing
Bukan untuk siapa
- Sesiapa yang mencari teknik untuk memintas AI detector atau Turnitin
- Sesiapa yang mahu tahu cara paraphrase supaya tidak perlu citation
Penceramah

Noor Farahhein Johari
English Language Instructor di Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis. Lapan tahun mengajar ESL peringkat pengajian tinggi, dan English Language Editor untuk Penerbit UniMAP.
Calon PhD dalam Pendidikan di Universiti Utara Malaysia, dengan Master of Arts in Applied Linguistics (UUM) dan Bachelor of Arts (Hons) in English Language, University of Newcastle upon Tyne. Kajian beliau meliputi formulaic sequences, academic phraseology dan penulisan akademik L2, dengan penerbitan dalam International Journal of TESOL Studies (Scopus Q1).
Fokus sesi ini bukan kepada software atau AI, tetapi kepada kemahiran bahasa dan academic writing yang perlu dimiliki oleh researcher sendiri.
Ini menjadikan sesi ini sangat practical untuk thesis writers yang mahu meningkatkan kemampuan menulis secara lebih independent.
Apa yang anda terima
Apa Yang Disertakan Dengan Yuran RM59
Webinar langsung 2 jam bersama Noor Farahhein Johari
Enam bahagian, dari memahami paraphrasing sampai mengolah AI-generated text dengan suara sendiri.
Rakaman penuh dan e-sijil penyertaan
Rakaman dihantar ke emel selepas sesi, supaya bahagian yang anda terlepas boleh ditonton semula pada masa anda sendiri. E-sijil penyertaan turut diberikan.
Yuran
RM59 Untuk Skill Yang Anda Akan Guna Dalam Setiap Bab, Sampai Journal Article
Bukan skill untuk satu chapter. Ia fundamental academic writing skill.
Tajuk webinarParaphrasing for Thesis Writing
Yuran penyertaan
Harga asal RM99
Jimat RM40 untuk pendaftaran sekarang
Semua di bawah, disertakan sekali
- Webinar langsung 2 jam, Rabu 30 September
- Rakaman penuh dan e-sijil penyertaan
Pecahan yuran
| Masa sesi langsung | 2 jam |
| Kos sejam | RM29.50 |
| Rakaman penuh | Tonton semula tanpa had, sudah termasuk |
| E-sijil penyertaan | Sudah termasuk |
Satu yuran, tiada bayaran tambahan. Harga ditetapkan supaya pelajar pascasiswazah mampu sertai tanpa menunggu peruntukan.
Pautan Zoom dihantar ke emel selepas bayaran disahkan
Yuran ini untuk satu sesi. Rakaman penuh dan e-sijil penyertaan sudah termasuk, tiada bayaran tambahan selepas ini.
Soalan lazim
Sebelum Anda Daftar
Sesi ini ajar cara turunkan AI index ke?
Tidak. Kami tidak menjanjikan itu, dan AI detection tools sendiri ada limitations. Fokus sesi ini ialah tulisan yang benar-benar mencerminkan pemahaman anda, dalam suara anda sendiri.
Dah paraphrase, masih kena cite?
Ya. Idea asal masih datang daripada source itu. Ini antara perkara yang sesi ini tegaskan.
Sesi ini dalam Bahasa Inggeris atau Melayu?
Butiran akan dimaklumkan melalui emel selepas pendaftaran.
Kalau saya tak dapat hadir malam tu?
Rakaman penuh dihantar selepas sesi.
Rabu, 30 September 2026Paraphrasing for Thesis Writing
Paraphrasing Bukan Tukar Perkataan. Ia Skill Untuk Memahami Idea Dan Menulisnya Semula Dengan Ayat Anda Sendiri.
Dua jam. RM59. Build the skill yourself.
Daftar Sekarang ·Pautan Zoom dihantar ke emel selepas bayaran disahkan